Rabu, 27 Ogos 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR BUDI

 

Sekolah Kebangsaan Lahar Budi diasaskan pada tahun 1954 sebagai sekolah rakyat .Ianya beroperasi sehingga tahun 1960. Jaraknya dari jalan besar ke Bandaraya Alor Setar ialah sejauh 10 kilometer. Sekolah ini dibuka pada tahun 1.1.1954 M bersamaan 25 Rabiul Akhir 1373H.
Sekolah ini bermula dengan 3 kelas dan mempunyai 3 kaki tangan. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tuan haji Ahmad Bin Osman Beliau dibantu oleh Tuan Haji Mokhtar dan Encik Ismail. Tuan Haji Ahmad berkhidmat sebagai Guru Besar selama 19 tahun Status sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan pada tahun 1960 melalui cadangan pelawat sekolah Encik Idrus Bin Hanafi dan disokong oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Encik Shafie Taha, Tuan Haji Awang Bin Yaacob dan Encik Yaacob Bin Yusuf
Bermula dengan 3 kelas dan sehingga mendapat Blok A pada tahun 1984, bangunan tambahan iaitu Blok C telah dibina secara gotong-royong dan siap pad atahun 1987.

Sepanjang tahun 1960 hingga 2000 tidak ada sebarang pembangunan yang dibekalkan ,hanya projek kecil iaitu bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains pada tahun 1992.

Pada tahun 2001, melalui projek naik taraf, beberapa projek telah dapat disiapkan. Antaranya ialah pejabat, bilik guru, tandas guru, pintu pagar, dan tembok sekolah,sistem peparitan dan mengemaskini pintu dibilik HEM ,surau, Perpustakaan dan Bilik Media.

Keluasan sekolah ini dianggarkan 2.5 relung/5.00 ekar yang mempunyai 6 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik sains, sebuah bilik kemahiran hidup, sebuah bilik serba guna yang dijadikan bilik sembahyang , bilik tayangan, bilik mesyuarat dan dewan.

 
Pada tahun 2001 juga, sebuah makmal komputer Fasa 2 di bina dan pada tahun 2002 bangunan makmal komputer dan dapat digunakan sepenunhya pada tahun 2004.
 
 
 
Pada tahun 2006, sebuah bangunan Prasekolah telah dibina dan telah beroperasi dengan baik pada tahun 2007 dengan jumlah muridnya 25 orang.

Untuk bersukan, sekolah ini hanya mempunyai sebuah padang yang kecil hasil usaha keras pihak sekolah dan PIBG menambak dan menambun 1/8 relung keluasan sawah padi milik sekolah untuk dijadikan padang, bagi menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan bersukan.

Sekolah ini sewaktu dibuka jumlah muridnya boleh dikatakan ramai dan dalam Gred C. Apabila digredkan semula, ianya telah dikategorikan dalam kumpulan sekolah Gred B, Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu bilangan muridnya kurang daripada 150 orang murid.

Pada 2009 , jumlah guru adalah seramai ialah seramai 16 orang termasuk seorang Guru Besar, 3 orang guru perempuan dan sembilan guru lelaki, manakala jumlah murid adalah 137 orang.
 

Kini 2012, jumlah guru adalah seramai 15 orang guru termasuk seorang Guru Besar, 3 orang kakitangan bukan guru, 3 orang pembantu keceriaan, dan 4 orang pengawal keselamatan yang bertugas bergilir-gilir.


Tips Mengajar ABC

Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.

Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.

Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak.

Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana kanak-kanak sudah biasa dengan pendidikan awal tersebut.

Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah. Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran ABC :

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.

3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca

Sumber : http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/tip-ajar-baca-abc-1.247325

Selasa, 26 Ogos 2014

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014



Hari  :  Khamis

Tarikh  :  21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435H

Masa  : 8.30 pagi

Tempat  :  Dewan Sekolah Kebangsaan Lahar Budi

Dirasmikan oleh  :  
Tuan Haji Abd. Aziz Bin Hassan
Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pendidikan Negeri 
Kedah Darul Aman


Tuan Haji Aziz Bin Hassan Merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2014



ATUR CARA MAJLIS

7.30 am           Pelajar bersedia di dewan.
8.00 am           Ketibaan Ibu bapa/Penjaga Pelajar.
8.15 am           Ketibaan Pengetua-Pengetua dan Guru Besar-Guru Besar
8.30 am           Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Abd Aziz Bin Hassan
                        Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
                        Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.
9.00 am           Majlis Dimulakan.
                        Nyanyian Lagu 'Negaraku'.
                        Bacaan Doa.
                        Tari Silat Bunga Pembuka Majlis.
                        Yang DiPertua PIBG  Encik Abd. Rashid Bin Yob.
                        Ucapan dan Laporan oleh Yang Berusaha Guru Besar, SK Lahar Budi.
                        Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Abd. Aziz Bin Hassan,
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.
                        Penyampaian Sijil dan Hadiah.
                        Anugerah Jasamu Dikenang.
                        Persembahan Penutupan.
10.30 am         Jamuan.
11.00 am         Majlis Bersurai.
                             

Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Aziz Bin Hassan



Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang 2014



Anugerah Cemerlang UPSR 2013



Guru dan Staf SK Lahar Budi